Sunday, August 10, 2014

Jawatan Kosong Sebagai Pegawai Bomba Bantuan


SEPANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor sedang mencari calon-calon yang layak bagi mengisi jawatan bomba bantuan di 240 kekosongan di seluruh Selangor.

Ketua Zon Selangor Selatan, Azmi Sadon berkata, sehingga kini terdapat hampir 200 calon telah menghadiri temuduga jawatan bomba bantuan yang telah diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat KLIA.

Menurutnya, semalam pihaknya turut menerima 120 calon yang hadir menjalani temuduga sekaligus pihak pengurusan dalam proses meneliti calon-calon yang layak.

jawatan kosong bomba
“Calon-calon yang melepasi ujian fizikal akan dibenarkan melalui temuduga.

“Selain itu, calon yang berjaya pula bakal mengisi kekosongan di balai balai bomba sekitar Negeri Selangor,” katanya.

Azmi berkata tugas bomba kini bukan sahaja menjadi tumpuan dalam kejadian kebakaran sahaja namun ketika kemalangan dan bencana turut mendapat perhatian.

Katanya lagi, selain menggalakkan generasi muda untuk aktif dalam bidang unit beruniform, pihaknya mahu rakyat terutama golongan yang berminat mendapat peluang menyertai bomba bantuan.

“Dalam pada itu, temuduga akan diteruskan pada Sabtu dan Ahad bertempat di Balai Bomba Sekinchan dan Rawang.

“Bagaimanapun pihaknya masih memberi sokongan kepada generasi muda untuk aktif,” katanya.

Info dipetik dari sumber Sinar Harian

Syarat permohonan dan lantikan jawatan disini

Temuduga Terbuka di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 13 Ogos 2014




Temuduga terbuka di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ogos 2014. Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan di BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA bagi jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Makanan (Sambilan) Gred C41 - Gaji RM100.00/hari

Deskripsi tugas:
Menjalankan tugas-tugas di bawah program keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan skop latihan/analisis risiko, mikrobiologi, molekular, aditif makanan, kontaminan dan residu racun perosak.

Cara permohonan, syarat-syarat dan lain-lain maklumat sila baca dan muat turun iklan seperti di bawah (format PDF):

Muat turun iklan jawatan Pegawai Teknologi Makanan (Sambilan) disini

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

INTERNATIONAL FOOD SAFETY TRAINING CENTRE
D/A MAKMAL KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
BLOK C, JALAN LANGAT BANDAR BOTANIK
41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03 – 3323 7899
FAX : 03 – 3323 9287